Wednesday, 18 November 2009
Wednesday, 21 October 2009
Hari Raya Aidilfitri 1430H
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H/2009M
Assalamualaikum & salam sejahtera...
Aidilfitri tahun ini terasa agak berlainan dengan tahun-tahun yang sudah.. Kami menyewa sebuah van supaya dapat beraya di kampung dengan sebuah kereta saja. Malam raya kami dikejutkan dengan khabar sedih dari kampung bahawa Nenek (Hj Abdullah Bin Hj Idris) telah kembali ke rahmatullah.. Kami sekeluarga terus pergi ke Labi selesai Solat Sunat Aidilfitri.. Balqis & Mama tidak ikut ke kampung kerana khuatir Balqis tidak selesa dengan orang ramai. Pilu bila melihat suasana pagi Syawal yang suram.. Al-Fatihah....
Sepanjang sambutan hari raya tahun ini tidak banyak gambar yang dapat dikongsikan sehinggakan semasa kami membuat rumah terbuka pun kami tidak sempat untuk bergambar.
Walaubagaimanapun, kami sempat singgah di hadapan NBT Brunei. Kebetulan malam itu ramai orang juga di situ. Tapi tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya... Semua orang bertempiaran lari takut basah. :)
Nway Syawal sudah sampai ke penghujungnya, semoga ada rezeki kita dapat bertemu dengan Ramadhan yang akan datang, amin...
Saturday, 10 October 2009
Saturday, 29 August 2009
Kad Hari Raya Aidilfitri Buat Keluarga Tersayang
Untuk keluarga di Mentiri
Untuk Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Balqis beli 2 kad raya.. Satu untuk keluarga di Mentiri dan satu lagi untuk keluarga di Kulapis.. Ini sudah seperti amalan setiap tahun, Balqis hantar kad raya. Tahun ini adalah yang ketiga.. Walaupun "old school" tetapi ingatan ikhlas itu yang penting kan?
Friday, 28 August 2009
Saturday, 8 August 2009
Balqis`s New Home Playground!
Boleh beli mini bouncer ini di Hua Ho! Jangan lupa beli pump jua k, di Giant murah tu.. Lagi besar pump lagi cepat.. Kalau pakai pump bola, 30minit pun belum tentu siap! :p
Friday, 17 July 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)











