Saturday 27 December 2008

Teratai Layu Di Tasik Madu

Gambar ini diambil di salah sebuah simpang yang ada di Kampung Mata-Mata.. Tidak disangka ada terdapat sebuah kolam/tasek kecil di dalam simpang tersebut. Pemandangan di kawasan itu sangat unik dan menarik..
ketika melihat bunga teratai, teringat saya tentang kisah sewaktu saya dalam Menengah 6 Bawah dulu. Kisahnya seorang guru kami telah mengarahkan kami untuk bertukar-tukar buku latihan dan memeriksanya. Keesokkan harinya apabila guru tadi mengembalikan buku latihan kami, seorang kawan telah mendapati bukunya ditandatangani dengan perkataan "Teratai Layu Di Tasik Madu".
Guru tadi pun marah dan mendenda kami sekelas berdiri di atas kerusi sehingga ada yang mahu tampil bertanggungjawab menulis perkataan tersebut. Malangnya tiada seorang pun yang tampil, akhirnya kami berdiri di atas kerusi sehingga 12:45 tgh. Malu teramat sangat sebab pelajar-pelajar kelas lain yang hendak balik melintasi kelas kami yang kebetulan berdekatan dengan tangga..
Persoalannya di sini, apakah no. simpang yang mempunyai tasek/kolam teratai ini??? ehe... jgn marah... (",)

No comments:

Post a Comment