Thursday 9 September 2010

KHALIL HADIF BIN MUHAMMAD HADY

Khalil Hadif di tempatkan di Wad 3 Hospital RIPAS pada hari ketujuh 6.9.2010 kerana kuning.

DOA KETIKA MEMBERIKAN NAMA ANAK
Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah nama yang diberikan ini memberi keberkatan kepadanya, pandukan segala usahanya ke arah keredhaanMu, jadikan menuntut ilmu sebagai matlamatnya dan akhirkan hidupnya dengan amal-amal soleh.
Ya Allah wahai Tuhan kami, lanjutkanlah usianya dalam ketaatan kepadaMu dan kepada RasulMu dan jadikan tubuh badannya dalam keadaan sihat walafiat.
Ya Allah, jadikan ia pemimpin diwaktu dewasa, teguhkan imannya sepertimana iman para nabiMu sehingga hari kiamat.
Ya Allah, kurniakan ia rezeki yang halal dan berkat, dekatkanlah ia dengan kebaikan dan jauhkan ia daripada kejahatan dengan rahmatMu Ya Allah yang Maha Pengasih.
Amin..

No comments:

Post a Comment